BERITA TERKINI :

Latest Posts

Luahan Adawiyah Mengenai Kejahatan Di Surau Awam Yang Kaum Wanita Wajib Tahu

- Wednesday, 7 January 2015 No Comments


BUKAN sekali dua kali kita dengar tentang kes kecurian yang berlaku di rumah ibadah seperti di surau dan masjid....

Tempat suci seumpama ini pun, ada yang tergamak menjadikannya port untuk melakukan perbuatan terkutuk lagi hina...




Screenshot di atas yang menceritakan pengalaman mangsa dan rakan-rakannya jadi mangsa beg tangan dicuri ketika sedang bersolat di sebuah surau di pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur ini, elok dijadikan iktibar agar kita lebih waspada.

Dakwa mangsa, suspek dikatakan mengenakan jubah dan berpurdah hingga sukar untuk mengecam wajahnya....

Tambah memilukan, bukan telefon bimbit, beg dan wang tunai di dalamnya sahaja lesap malah duit dalam akaun bank juga dikeluarkan oleh pencuri tersebut yang entah bagaimana, boleh pandai pula mencari cara...

Kejahatan si pencuri tak berakhir di situ apabila dia dikesan turut menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan dengan mendakwa anak mereka telah diculik...

Kawan-kawan mangsa pula, turut menerima pesanan mesej daripada telefon bimbit milik mangsa yang dicuri, meminta supaya dipinjamkan wang sebanyak RM500...

Pencuri dianggap licik apabila tudung mangsa-mangsanya diambil dan cuma satu ditinggalkan agar mangsa tidak dapat keluar dalam masa segera sebaik menyedari kejadian kecurian untuk mencari dirinya...

Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada wanita muslimah di luar sana agar lebih peka dan hati-hati menjaga barangan peribadi meskipun ketika berada dalam rumah Allah...

Maklumlah rambut manusia sahaja sama hitamnya tapi hati lain-lain...

Kadang-kadang demi mengikut hawa nafsu sikit perasaan gentar pada Allah Taala pun dah tak ada !!!

SUMBER - MYNEWSHUB.CC

CERITA USTAZ Di Tempat Permindahan Mangsa Banjir Yang MENGEJUTKAN !!!

- No Comments

Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya. Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak. Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.
Sekadar gambar hiasan
Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.

Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?

Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.

Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat. Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka? Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je…

Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa? Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya. 

Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah… Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin… Ustaz Yunan

SUMBER - Debatmalaysia.com

Hanis Zalikha: Terima Kasih Kerana Sudi Memperisterikan Saya

- No Comments

Tidak melampau jika kami katakan yang ada maklumbalas dari peminat berkenaan lamaran Hairul Azreen mengatakan Hanis Zalikha seakan terpaksa memberikan kata putus di atas pentas kerana tidak mahu menjatuhkan air muka pelakon lelaki itu.

Perempuan mana pun akan terkejut dan terkelu lidah untuk berkata kata jika lamaran datang tiba tiba lebih lagi jika ianya dilakukan dalam siaran langsung program televisyen untuk tatapan ratusan tibu penonton Gegar Vaganza malam tadi.

Seakan menjawab maklumbalas orang ramai itu, Haniz Zalikha memuatnaik sebuah klip audio di akaun Instagram beliau mengandugi bait bait perbualan bersama ibunya yang antara lain pelakon dan pengacara ini mengakui memang mencintai Hairul Azreen.

“Assalamualaikum semua. I am still replying to my friends and family yang sama-sama terkejut dengan berita baik ini. I am still in bed and Mama is here with me while everyone is still calling her to congratulate and how does a daughter feel eh dengar mak dia sungguh-sungguh merestui pilihan hatinya? Alhamdulillah atas segalanya”

“Terima kasih kerana dahulukan keluarga saya Hairul Azreen. InsyaAllah, dengan izin Allah, thank you (sudi memperisterikan saya),” tulis Hanis Zalikha.

Suka kami lihat pasangan ini yang akhirnya mengaku sebagai pasangan kekasih dan bakal dirikan rumahtangga bersama tidak lama lagi. Tahniah kami dahulukan!

SUMBER - Rotikaya

MISI BANJIR : Bersatulah Rakyat Malaysia Bantu Mangsa Banjir

- No Comments


KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengajak semua pihak bersatu dalam menyelesaikan isu pasca banjir yang melanda negara khususnya di Kelantan yang mengalami kemusnahan yang paling teruk.

Bagi tujuan itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa pasca banjir yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ditubuhkan bagi menyelaras kerja-kerja bantuan.

“Kita mencadangkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bekerja sebagai satu pasukan. Perdana Menteri mencadangkan kedua-dua pemimpin ini untuk mengetuai jawatankuasa ini dan Kerajaan Negeri bersetuju.

“Perkara pertama yang kita lihat adalah bagaimana kita mahu memulakan kehidupan rakyat yang ditimpa musibah kembali seperti sedia kala, oleh kerana keadaan teruk, banyak pihak sedar kita perlu bersatu dan menguruskan ia secepat mungkin supaya dapat meringankan beban mangsa mangsa yang terlibat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat penyelarasan pasca banjir di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata setakat ini, anggaran jumlah kerosakan harta awam milik kerajaan di Kelantan adalah bernilai RM932.4 juta melibatkan bangunan kerajaan, hospital, balai polis dan jalan raya.

Katanya, kerajaan negeri juga perlu segera menyenaraikan infrastruktur yang rosak akibat banjir mengikut keutamaan supaya kerja pemulihan dapat dilakukan segera.

Beliau berkata langkah lain yang akan diberi keutamaan ialah proses pembersihan kawasan yang dilanda banjir termasuk rumah penduduk dan kemudahan awam seperti sekolah, masjid, dewan orang ramai dan pasar awam.

Beliau berkata sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan perlu mendaftar dengan pihak jawatankuasa itu bagi penyelarasan kerja pembersihan.

Muhyiddin berkata selepas selesai pasca banjir itu, kerajaan akan memfokuskan kepada langkah-langkah menangani banjir seperti mendalamkan sungai dan membina tebatan banjir.

SUMBER - Sinar Harian

MISI BANJIR : 'Bantulah Mangsa Banjir Walau Hanya RM1'

- No Comments


TANJONG KARANG – Keprihatinan orang ramai terutamanya penduduk di daerah ini amat diperlukan bagi membantu memenuhi misi bantuan kepada mangsa banjir yang berdepan kerosakan harta benda yang cukup teruk.

Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja berkata, orang ramai dirayu supaya dapat menyumbangkan peralatan rumah seperti dapur gas, tikar, telekung dan keperluan lain untuk Misi Bantuan Banjir ke Pantai Timur 3.0.

Menurutnya, keperluan itu amat penting untuk mangsa banjir yang kini sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing namun kerosakan harta benda dengan rumah dipenuhi lumpur amat menyedihkan.

“Tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk mereka. Kawasan penempatan mereka bagaikan dilanda tsunami. Sungguh menyayat hati apabila terpaksa melihat rumah yang dibina hasil keringat sendiri dihanyutkan arus deras.

“Memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata penderitaan yang ditanggung. Oleh kerana itu, Briged Kebajikan Tanjong Karang berusaha untuk membantu dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Faizal berkata, sumbangan atau bantuan keperluan rumah boleh disalurkan terus ke Masjid Jamiul Hasanah Batu 10, Tanjong Karang yang menjadi pusat pengumpulan bantuan mangsa banjir.

“Orang ramai boleh juga menghubungi Setiausaha Sekretariat, Hanafi Md Dom di talian 01119707811 atau Mohd Judi Sarjo di talian 0192459009 sebelum atau pada esok (Khamis) hari.

“Sumbangan dan bantuan penduduk amat diperlukan bagi bersama-sama membantu mangsa banjir memulakan hidup baru mereka. Bantulah walau hanya RM1, itu cukup untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Tambah Mohd Faizal, sebelum ini Misi Bantuan Banjir ke Pantai Timur 2.0 berjaya mengumpulkan sumbangan hampir RM30,000 selain pelbagai jenis makanan dan pakaian untuk diserahkan kepada penduduk Kuala Krai.

“Dalam misi itu, Briged Kebajikan Tanjong Karang turut menyertai operasi pembersihan di beberapa rumah di sekitar Manek Urai dan menyerahkan sumbangan di Bilik Gerakan Banjir Manek Urai, Pulai Chondong, Machang dan Chetok, Pasir Mas.

“Selain itu, Briged Kebajikan Tanjong Karang berkesempatan melawat hampir 80 keluarga di Kampung Manjor yang mana rumah mereka rosak teruk akibat musibah banjir itu.

“Dalam misi sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan turut turun padang bersama kakitangannya ke Pulai Chondong dan menyerahkan beberapa peralatan kepada Adun Pulai Chondong, Datuk Zulkifli Mamat,” katanya.

SUMBER - Sinar Harian

INFO GST: Panduan Senarai Barangan Bercukai Diperkenal

- No Comments


KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memperkenalkan buku panduan senarai barang bercukai dan barang tidak bercukai bagi barang serbaneka khusus kepada peniaga untuk membuat persiapan bagi menghadapi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, buku yang diterbitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bersama Kementerian Kewangan itu menyenaraikan 1,800 barang buat permulaaan dan akan menyenaraikan baki 8,200 senarai barang kepada peniaga yang telah berdaftar dalam masa terdekat.

"Panduan ini bukan untuk kegunaan pengguna kerana senarai 10,000 barang yang dikeluarkan oleh pihak Kastam adalah untuk rujukan peniaga melakukan persediaan yang perlu," katanya dalam sidang media selepas program 'Hand Holding' sektor peruncitan khusus mengenai GST.

Program tersebut memberi taklimat mengenai cara-cara penyediaan invois, penyimpanan rekod dan maklumat lain yang perlu untuk pelaksanaan GST.

Tee Yong berkata, program itu akan dijalankan secara percuma kepada syarikat-syarikat yang berdaftar walaupun selepas tarikh pelaksanaan GST.

Sehingga 5 Januari, sebanyak 301,306 syarikat telah mendaftar dengan Kastam, melebihi jangkaan sebanyak 240,000 pada akhir 2014.

Daripada jumlah itu, katanya, 123,000 merupakan syarikat daripada sektor peruncitan dan pemborongan, sektor hartanah (49,000 syarikat) dan pembuatan (33,000 syarikat).

Panduan bagi pengguna pula dijangka dikeluarkan pada akhir Januari atau awal Februari depan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kata Tee Yong. - Bernama


Dua Kanak-kanak Ditahan Kerana Bunuh Abang Sendiri

- No Comments

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Dua beradik perempuan ditahan selepas menembak mati abang mereka yang berumur 16 tahun.


Misty 'Ariel' Kornegay, 15, dan Nicole Kornegay, 11, ditahan selepas memberitahu polis bahawa terdapat 'bunyi tembakan' di rumah mereka di White Springs.

Polis lantas melancarkan operasi mencari ibu bapa kanak-kanak berkenaan, lapor dailymail.co

Ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan, Keith Kornegay, 37 dan Misty Kornegay, 33, tidak berada di rumah ketika kejadian.

Mereka ditahan atas sebab kecuaian dan gagal menjaga anak-anak mereka.

Ariel mendakwa abangnya Damien Kornegay, memukulnya sebelum dia mengambil pistol di bilik tidur ibu bapanya dan menembak mati abangnya.

Sementara itu, seorang lagi anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia 3 tahun telah diletakkan di bawah jagaan pihak polis. 

SUMBER - Sinar Harian